KELAS E-LEARNING : CARA MENGEMASKINI PERMOHONAN STR 2023

Aktiviti terkini | 3 November 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Hj Ghaffar

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Kelas ini diadakan atas permintaan rakan PEDi Kg Hj Ghaffar dimana beliau tidak terlalu mahir menggunakan telefon pintar untuk mengemaskini data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diberikan oleh kerajaan. Justeru, dengan adanya kelas sebegini pihak PEDi dapat membantu komuniti dalam melengkapkan data STR

Tujuan :
• Menerangkan pengenalan cara log in akaun STR
• Menerangkan kepada komuniti cara mengemaskini data STR
• Memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara untuk mengisi maklumat di dalam permohonan atas talian


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memberikan penjelasan asas tentang cara mengisi maklumat peribadi
• Memberikan penerangan tentang syarat-syarat permohonan
• Menjelaskan prosedur dan dokumen yang diperlukan


Kelebihan Aktiviti :
• Komuniti dapat memanfaatkan segala bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan
• Memberikan pencerahan berkaitan maklumat-maklumat penting sebelum mengemaskini data STR secara atas talian
• Memastikan komuniti dapat membuat permohonan dengan lengkap dan efisien


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :