KELAS BASIC ICT : TUTORIAL MEMBUAT SURAT MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD
Aktiviti terkini | 26 Julai 2024Tempat Aktiviti:
NADI Kg. Hj. Ghaffar
Nama VIP :
TIADA
Ringkasan Aktiviti :
Kelas Asas ICT ini merupakan perlaksanaan yang dibuat secara langsung Ketika peserta menggunakan perkhidmatan di NADI dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Peserta dapat mempelajari asas yang ada untuk meningkatkan Kemahiran yang sedia ada.
Tujuan :
• Latihan ini bertujuan untuk membantu peserta menyiapkan surat dengan format yang betul dengan menggunakan Microsoft word serta fungsi yang boleh memudahkan dalam menyiapkan surat tersebut.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peserta telah diberi penerangan tentang Microsof Word, peserta telah diajar cara untuk membuat Laporan bertulis dengan menggunakan Microsoft Word.
• Latihan dilakukan dipantau oleh petugas NADI untuk memastikan peserta faham dan boleh menguasai latihan yang diberikan.
Kelebihan Aktiviti :
• Peserta akan menguasai kemahiran asas yang diperlukan untuk bekerja dengan Microsoft Word, yang merupakan salah satu perisian pemprosesan kata yang paling umum digunakan.
• Dapat membantu peserta mengurangkan kesalahan dalam dokumen, seperti ejaan atau format yang tidak konsisten, melalui penggunaan alat penyuntingan dan pengesahan dalam Microsoft Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :