KELAS BASIC ICT : CARA MENGGUNAKAN MICROSOFT OFFICE (SURAT RASMI)

Aktiviti terkini | 4 Mac 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kg. Hj. Ghaffar

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Aktiviti kelas ini memberi tunjuk ajar kepada peserta cara menaip dan menyimpan dokumen dengan menggunakan Microsoft Word. Pendedahan yang diberikan sedikit sebanyak membantu peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam word. Seramai dua orang peserta yang terlibat menyertai aktiviti yang dijalankan.

Tujuan :
• Mengajar peserta tentang asas-asas penggunaan Microsoft Word, supaya mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mereka menggunakan perisian Word dan dapat mempraktikkan penggunaan Microsoft Word untuk membuat tugasan sekolah pada masa yang akan datang.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Menunggu ketibaan peserta dan aktiviti bermula pada jam 10.30 pagi.
• Peserta diajar cara untuk membuka, microsoft word, menaip perkataan serta memasukkan gambar dan jadual ke dalam microsoft word.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta PEDi dapat menyelesaikan tugasan dan kerja yang ingin diselesaikan.
• Dapat mempelajari cara menaip surat dan dokumen penting menggunakan Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :