Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Pada Tahun 1924, sekumpulan peneroka dari Tanah Jawa yang diketuai oleh Haji Ghaffar Bin Mustaffa bersama beberapa orang rakan-rakannya telah mendarat di pengkalan Sungai Tanjung Sembrong.

Dengan secara tidak sengaja, kampung tersebut dinamakan 'Kampung Haji Ghaffar' dan ianya dikenali sehingga kini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 |TAHUN 2024


KELAS BASIC ICT : CARA MENGGUNAKAN MICROSOFT OFFICE (SURAT RASMI)

Aktiviti Terkini | 4 Mac 2024

Mengajar peserta tentang asas-asas penggunaan Microsoft Word, supaya mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mereka menggunakan perisian Word dan dapat mempraktikkan penggunaan Microsoft Word untuk membuat tugasan sekolah pada masa yang akan datang........baca selanjutnya

BASIC ENTREPRENEUR KELAS MEMBUKA AKAUN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 13 Februari 2024

Membantu memberikan tunjuk ajar kepada peserta tentang membuka akuan shoppe secara personal..........baca selanjutnya

KELAS E-LEARNING : FACEBOOK ( MENGAJAR MEMBUKA AKAUN FACEBOOK)

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024

Untuk membolehkan peserta berkongsi apa sahaja yang mereka mahu dengan rakan sebenar mereka, peserta yang mereka temui dalam hidup: foto, video, mesej. Permintaan persahabatan adalah oleh itu dibuat untuk ditujukan kepada orang yang anda sudah kenal.........baca selanjutnya

KELAS E-LEARNING : I-MADANI ( MENGAJAR MENGISI I-MADANI)

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024

Program seperti ini juga mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, sekali gus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI........baca selanjutnya

KELAS E-LEARNING : COLORING (WEBSITE COLORING PAGES-FOR KIDS.COM)

Aktiviti Terkini | 3 Februari 2024

Kemahiran kognitif tanpa disedari peserta dapat meningkatkan koordinasi tangan-mata semasa mereka mewarna.......baca selanjutnya

KELAS E-LEARNING : MATHEMATICS & ENGLISH (WEBSITE WORDWALL)

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2024

Kelas ini memberikan peserta mengulangkaji pelajaran dengan menjawab kuiz-kuiz yang ada dalam internet. .....baca selanjutnya

KELAS E-LEARNING : FOOD GROUP & ANIMAL DIET GAME (WEBSITE SHEPPARD SOFTWARE)

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2024

Mengenali kumpulan makanan dan makanan diet untuk haiwan......baca selanjutnya

BASIC ENTREPRENEUR KELAS ASAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2024

Membantu memberikan tunjuk ajar kepada peserta dan usahawan bagaimana cara untuk berniaga di atas talian dengan menggunakan platform Shopee.....baca selanjutnya

KELAS STEM-IoT : PROGRAM MEMBUAT MENARA DARI KERTAS

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2024

Memberi penerangan kepada peserta fungsi dan tujuan program ini di buat adalah untuk memperkenalkan apa itu STEM......baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti