INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Info:
- Pada Tahun 1924, sekumpulan peneroka dari Tanah Jawa yang diketuai oleh Haji Ghaffar Bin Mustaffa bersama beberapa orang rakan-rakannya telah mendarat di pengkalan Sungai Tanjung Sembrong.
- Dengan secara tidak sengaja, kampung tersebut dinamakan 'Kampung Haji Ghaffar' dan ianya dikenali sehingga kini.

Info Penduduk:
1500 penduduk

Populasi Penduduk:
100% Melayu dan Beragama Islam

Purata Umur Penduduk:
1). Warga Emas – Sederhana
2). Dewasa / Belia – Tinggi
3). Kanak-kanak - Tinggi

Purata Pekerjaan:
1). Pesara
2). Bekerja Sendiri
3). Sektor Kerajaan
4). Sektor Swasta

Rekreasi & Pelancongan


Perniagaan Kolam Mancing Ikan Air Tawar
Dimiliki Oleh Encik Daud
Nama Tempat Pusat Memancing Jalan Dusun
Alamat No 7 Lorong Pahlawan Kg Haji Ghaffar 83730 Yong Peng, Johor.



Usahawan Burung Puyuh
Encik Shamsudin
Mengeluarkan produk burung puyuh dan telur burung puyuh



Restoran Kari Kambing 40 Hari
Terkenal dengan Nasi Arab
Kari Kambing
Menu-menu lain
Dimiliki Oleh Encik Haji Anuar
Alamat di Tepi Jalan Besar Batu 5 Kg Haji Ghaffar 83730 Yong Peng Johor

Kemudahan Awam

Terdapat beberapa tempat menarik yang terdapat berhampiran dengan Kampung Haji Ghaffar. Antaranya ialah kolam air panas Gersik dan Taman Botani Johor. Kolam air panas Gersik teletak 40km dari Kampung Haji Ghaffar sering menjadi tumpuan. Pengunjung datang ke kolam air panas Gersik bagi menikmati terapi air panas semula jadi yang terdapat di Parit Jawa Semerah.
Taman Botani Johor yang terdapat di Sri Medan, kira-kira 50km dari Sungai Nibong menjanjikan panorama dan aktiviti menarik kepada semua pengunjung. Pengunjung boleh melakukan aktiviti flying fox dan berbasikal di sini. Taman Botani Johor sering menjadi lokasi kegermaran bagi sesi fotografi luar.
Kedai makan yang menjadi tumpuan utama penduduk setempat dan jugak orang luar yang datang ke Kampung Haji Ghaffar ialah Hentian Mahkota. Kawasan perniagaan makanan ini menyediakan segala jenis makanan terutamanya makanan laut. Lokasi Hentian Mahkota di Kampung Parit Simin sangat menarik dan menjanjikan panorama pantai memukau serta makanan yang enak-enak. Hentian Mahkota telah dirasmikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika penggembaraan motosikal berkuasa tinggi beliau ke Kampung Haji Ghaffar.
Selain itu, Nasi Briyani benteng yang terdapat di Simpang Lima berdepan dengan Hospital Putra Specialist Batu Pahat sangat menarik untuk dikunjungi. Pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis lauk briyani seperti daging ayam, kambing dan lembu pada harga yang sangat berpatutan.
Homestay yang sering menjadi tumpuan pengunjung Kampung Haji Ghaffar ialah Pusat Motivasi Markisa. Homestay ini menjadi lokasi pilihan bagi menjalankan aktiviti motivasi pelajar sekolah dan pekerja swasta. Homestay ini menyediakan kemudahna yang lengkap dan selesa serta nuansa kampung yang menenangkan jiwa. Selain itu, terdapat juga Homestay Sarang Buaya yang begitu unik. Homestay ini dibina di tengah kawasan sawah padi yang mana sangat jarang dilihat di negeri Johor.

Pendidikan

Sekolah Kebangsaan Seri Utama atau nama ringkasnya SK Seri Utama, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Haji Ghaffar. Kesedaran dan keinsafan penduduk Kampong Sungai Nibong betapa pentingnya pendidikan yang sempurna terhadap anak-anak supaya tidak ketinggalan di dalam arus pembangunan negara merupakan agenda utama dalam usaha mewujudkan sebuah sekolah. Pada tahun 1928, terbinalah sebuah sekolah yag diimpikan hasil kerjasama dan rasa tanggungjawab penduduk dan dinamakan Sekolah Melayu Haji Ghaffar. Sekolah ini diterajui oleh Guru Besar Encik Muhammad bin Tahir sehingga tahun 1934. Tiga tokoh utama yang merupakan NADI penggerak atas kejayaan ini ialah Ketua Kampung Haji Ghaffar iaitu Tuan Hj Hassan b Taibi, Ketua Kampong Semerah iaitu Tuan Hj Surat dan Ketua Kampong Lubok iaitu Tuan Hj Nawawi. Bahan-bahan untuk mendirikan sekolah telah didermakan oleh penduduk 3 buah kampong tersebut dan bahan-bahan berupa kayu-kayu dari pokok kayu hutan sekitarnya. Bangunan sekolah siap dibina dengan beratapkan nipah, berlantaikan papan yang hanya cukup untuk 3 bilik darjah sahaja. Pada sekitar tahun 1930 hingga 1932 sekolah ini terpaksa ditutup kerana kekurangan murid. Pada tahun 1933 Sekolah Melayu Haji Ghaffar beroperasi semula dan muridnya bertambah ramai sehingga mencecah 80 orang. Guru yang bertugas disekolah yang serba kekurangan ini ialah seramai 3 orang guru dan diketuai oleh Cikgu Adam bin Husin sebagai Guru Besar pada tahun 1935 sehingga 1937. Gaji guru-guru tersebut dibayar oleh penduduk kampong. Selepas zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1946 Sekolah Melayu Haji Ghaffar beroperasi seperti biasa dan enrolmen murid bertambah ramai hingga mencecah 100 orang. Bilik-bilik darjah perlu ditambah bagi menampung murid yang ada. Sekali lagi penduduk kampong telah bergotong royong menyambung bangunan yang sedia ada dengan menggunakan bahan –bahan tempatan hasil sumbangan derma orang ramai.

Kisah Kejayaan

Rasidah Binti Ramli
Celik IT

Umur:
19 tahun

No. Tel:
+60 11-127 42942

Email:
rashidah@yahoo.com

Facebook:
Rasidah Binti Ramli

Keahlian PI1M:
7/7/2010

Bentuk Celik It:
Usahawan separuh masa membuat perniagaan online Barangan Produk. Kecantikan dan juga produk mekap wanita.

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Cik Rasidah Mula Berniaga Sambilan Dalam Bidang Perniagaan Online Sejak 2015.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum PI1M dibuka, beliau hanya menjual pada rakan2 sebaya serta jiran-jiran. Dan tidak semua menyedari bahawa beliau membuat perniagaan barangan kecantikan. Kekurangan Media Promosi Dan Juga Tidak Mempelajari Cara Berniaga Yg Betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas Melibatkan Diri Dalam PEDi , Beliau rajin menghadiri kelas ICT Dan juga menggunakan PI1M sebagai tempat mempelajari kaedah baru menggunakan Youtube, Mempromosikan Dengan Kerap Di Laman Sosial Facebook, Menerima Order Dari FB Dan Whatsapp Serta Melalui Facebook Beliau Dapat Mempelbagaikan Produk Jualan Beliau Daripada hanya produk kecantikan Dan sekarang mula mempelajari cara menjual pakaian.

Maklumbalas Pendapat:
- Mempelajari Cara Membuat Iklan Produk Baru BerasaskanContoh2 Promosi Melalui blog dan Youtube
- Mempelajari Cara Mengambil Order Daripada Facebook.
- Memcari Pemborong Produk Kecantikan Dengan Lebih Murah Melalui Pembelian Online Di PEDi.
- PI1M membantu Proses Promosi Produk Kecantikan Serta Pelbagai Jenis.
- Produk Tambahan Yang Beliau Ingin Mempromosikan Dalam Perniagaan Onlinenya.

Apa yang dipelajari melalui PEDi:
- Cara penggunaan komputer.
- Troubleshooting komputer.
- Word dan sebagainya.
- Cara melayari internet secara selamat.
- Online banking.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Rasidah Binti Ramli:



Keusahawanan



Profil
Nama : Haji Anuar Bin Aziz
Alamat :TL 215, Kampung Haji Ghaffar, Bt 5 ½, 83730 Jalan Yong Peng, Johor.
Nombor Telefon :0196272243
Email :anuar5203@yahoo.com
Website :www. http://www.facebook.com/pages/Kari-Kambing-40-Hari/
Produk : Perniagaan Restoran Nari Arab Dan Perkhidmatan Katering
Waktu Perniagaan : 07.00 pagi sehingga 05.00 Petang (isnin Hingga Ahad)







Nama : Azami Bin Ahmad
Alamat : No 23A, Lorong Pahlawan 2, Batu 6, Kampung Haji
: Ghaffar, 83730 Yong Peng Johor.
Jenis :Perniagaan Engineering Dan Kimpalan.
No. Telefon :0167413456






Nama : Samsudin Bin Albi
Umur : 48 Tahun
No. Telefon : 0199571875
Alamat : No 124, Batu 6 Kampung Haji Ghaffar, 83730 Yong Peng, Johor.
Perniagaan : Perusahaan Burung Puyuh Dan Telur Puyuh