Mengenai PIK

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet Komuniti (PIK) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PIK yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PIK, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PIK



Sejarah

Pada Tahun 1924, sekumpulan peneroka dari Tanah Jawa yang diketuai oleh Haji Ghaffar Bin Mustaffa bersama beberapa orang rakan-rakannya telah mendarat di pengkalan Sungai Tanjung Sembrong.

Dengan secara tidak sengaja, kampung tersebut dinamakan 'Kampung Haji Ghaffar' dan ianya dikenali sehingga kini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021


POGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER TAHUN 2 & 3

Aktiviti Terkini | 1-29 Mei 2021

Disebabkan covid 19, pelajar tahun 2 dan tahun 3 tidak berpeluang untuk mengenali komputer secara praktikal pada tahun 2020 kerana kelas dijalankan secara online......baca selanjutnya

POGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PENGENALAN KEPADA KOMPUTER TAHUN 2 & 3

Aktiviti Terkini | 2-30 April 2021

Disebabkan covid 19, pelajar tahun 2 dan tahun 3 tidak berpeluang untuk mengenali komputer secara praktikal pada tahun 2020 kerana kelas dijalankan secara online......baca selanjutnya

MCMC-UNICEF SEMINAR ON CHILD ONLINE PROTECTION 2021

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2021

Mendedahkan peluang-peluang Kemudahan dan Perkhidmatan disediakan oleh PIk yang dapat dimafaatkan bersama.....baca selanjutnya

TUTORIAL MEMBUAT QR CODE

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2021

Memberi pengajaran dalam cara mendaftar MySejahtera melalui melalui laman web MySejahtera....baca selanjutnya

LIVE FB USAHAWAN KG HJ GHAFFAR SHAHNIM ENTREPRISE

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2021

Membantu usahawan mempromosikan produk jualan mereka ...baca selanjutnya

FB LIVE CARA MENGEDIT VIDEO MENGGUNAKAN APPLIKASI WONDERSHARE FILMORA9

Aktiviti Terkini | 10 Januari 2021

Memberikan satu pengajaran baru utk masyarakat bagi tujuan mengiklankan pasaran menggunakan applikasi Wondershare Filmora....baca selanjutnya

VIDEO CARA MELETAKKAN TULISAN DI ATAS VIDEO TIKTOK

Aktiviti Terkini | 9 Januari 2021

Memberikan satu pengajaran baru utk masyarakat bagi tujuan mengiklankan pasaran menggunakan applikasi Tiktok....baca selanjutnya

LIVE FB: BERSAMA USAHAWAN LYNN HOMEMADE COOKIES

Aktiviti Terkini | 2 Januari 2021

Mempromosikan usahawan Kg Haji Ghaffar iaitu Lynn Homemade Cookies.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti