PROGRAM JOM MULAKAN PERNIAGAAN E-DAGANG ANDA BERSAMA USAHAWAN AIM SESI 1

Aktiviti terkini | 19 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kg. Hj. Ghaffar

Nama VIP :
En. Amran (Guru Pengiring)

Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan program yang telah dilaksanakan oleh Rakan Digital PEDi Kg Hj Ghaffar bagi mendidik dan mengajar para usahawan untuk berniaga secara atas talian melalui platform e-dagang

Tujuan :
• Menggalakkan Usahawan Mikro menceburi bidang perniagaan di platform e-dagang
• Membantu usahawan mikro mengembangkan pasaran perniagaan dan meningkatkan pendapatan mereka melalui e-dagang
• Memperkenalkan usahawan mikro akan fungsi dan manfaat yang boleh didapati daripada perkhidmatan PEDi

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ini telah dijalankan di PEDi Kg Hj Ghaffar dengan melibatkan seramai 8 orang peserta daripada AIM dan RD dari PEDi Hj Ghaffar, RD PEDi Sg Nibong dan RD PEDi Taman Rengit Indah

Kelebihan Aktiviti :

• Peserta jelas akan peranan PEDi terutama kepada usahawan mikro dan dapat menghebahkan kepada usahawan yang lain selepas program ini
• Peserta dapat mengembangkan perniagaan mereka di platform e-dagang (Shopee dan Tiktok) selepas program tersebut
• Peserta berminat untuk mendalami perniagaan secara e-dagang dan mengikuti kelas-kelas seterusnya

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :