KELAS E-LEARNING : PEMBELAJARAN ATAS TALIAN (ROOMRECESS)

Aktiviti terkini | 31 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Hj Ghaffar

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Kelas ini diadakan adalah pendedahan awal peserta supaya tidak ketinggalan dengan pengetahuan ICT yang meluas pada ketika ini. Program ini mampu meningkatkan kefahaman dan pemikiran yang luas untuk pembelajaran peserta.

Tujuan :
• Menguji kecekapan peserta dalam penggunaan tetikus
• Menanam minat membaca dalam kalangan peserta
• Menguji kecekapan minda peserta dalam aktiviti yang dijalankan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Melayari laman web Roomrecess.com untuk melatih pelajar menggunakan papan kekunci dengan lancar melalui aktiviti menaip pantas.
• Pelbagai aktiviti yang disediakan untuk menarik minat dan kreativiti peserta untuk menyelesaikan permainan yang telah disediakan.

Kelebihan Aktiviti :
• Aktiviti permainan yang menarik mampu menarik minat peserta untuk bermain sambal belajar.
• Peserta terlibat sama untuk belajar dengan lebih seronok dengan kemudahan dan pembelajaran yang sedia ada.
• Boleh mendidik peserta lebih peka dan fokus dengan aktiviti yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :