PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN BERGERAK (NKF LIFECHECK)

Aktiviti terkini | 2 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Hj Ghaffar

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama oleh Agensi Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) bagi memberikan sedikit kesedaran berkaitan kesihatan dan pihak NKF memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk penduduk kampung sekitar PEDi. Pihak PEDi juga mengadakan sedikit perkongsian tentang Kesedaran Penipuan atas Talian yang disampaikan oleh Cik Fatin Syamini Binti Mohd Daroini selaku Penolong Pengurus PEDi Kg Hj Ghaffar.

Tujuan :
• Memberi kesedaran tentang kesihatan penduduk sekitar PEDi.
• Memberi kesedaran berkaitan penipuan atas talian
• Memberi khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pihak NKF memberikan khidmat nasihat berkaitan Cara-cara menjaga kesihatan badan dan memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma
• Pihak PEDi mengambil peluang kepada pengunjung yang hadir dengan memberikan sedikit penerangan berkaitan kesedaran penipuan atas talian


Kelebihan Aktiviti :

• Pengunjung berpeluang mendapat khidmat nasihat kesihatan secara percuma
• Pengunjung dapat membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh doctor yang dilatih oleh pihak NKF
• Menjelaskan secara terperinci berkaitan Isu Penipuan Atas Talian.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :