KELAS BASIC ICT : CARA MEMBUAT PERMOHONAN PERUMAHAN PRIMA

Aktiviti terkini | 2 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Hj Ghaffar

Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Program ini merupakan Kelas Basic ICT Cara Membuat Permohonan Perumahan PRIMA yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi sesiapa yang melepasi kelayakkan yang ditetapkan. Kelas ini juga diadakan oleh kerana penduduk setempat yang ingin membuat permohonan selepas melepasi kelayakkan. Oleh itu pihak PEDi Hj Ghaffar mengambil inisiatif dengan mengumpulkan individu yang berminat untuk mempelajari cara permohonan Perumahan PRIMA

Tujuan :
• Menerangkan pengenalan cara membuat permohonan perumahan PRIMA
• Menerangkan kepada komuniti cara permohonan perumahan PRIMA di atas talian
• Memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara untuk mengisi maklumat di dalam permohonan atas talian
• Membantu menyediakan dokumen yang lengkap seperti yang diminta

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memberikan penjelasan asas tentang cara mengisi maklumat peribadi
• Memberikan penerangan tentang syarat-syarat permohonan
• Menjelaskan prosedur dan dokumen yang diperlukan


Kelebihan Aktiviti :
• Komuniti dapat memanfaatkan segala bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan
• Memberikan pencerahan berkaitan maklumat-maklumat penting sebelum mengisi borang permohonan di atas talian
• Memastikan komuniti dapat membuat permohonan dengan lengkap dan efisien


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :